Tuesday, July 14, 2009

EXAM MID SEM!!

Selamat datang, ahlan wa sahlan kepada peperiksaan mid sem yang bakal bertandang ke dalam jadualku 1 hari lagi.. mungkin dah ada sahabat2 cfs iium yg telah menerima atau sedang menerima kehadiran mereka ini(exam).. apa2 pon, kepada sahabat2 cenfos yang dikasihi, Good luck 4 the exam.. Doakan kejayaan kita bersama dan kejayaan umat Islam jugak.. Semoga kecemerlangan menjadi milik kita.. Ameen...

Friday, July 10, 2009

Jihad fisabilillah..

Berjuanglah di jalan Allah, sekali kaki melangkah jgn undur walaupun selangkah... Biar zaman berubah, keyakinan pada Allah jangan goyah, Biar masa berganti, aqidah jangan mati... Segalanya bermula dengan tarbiyah.. Tarbiyah itu membentuk jiwa yang istiqamah, menyemai hati yang qana'ah, menyubur diri agar sentiasa MURAQABATILLAH...

Segenggam Tabah..

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

p/s- Dalam kehidupan kita ni, kita takkan terlepas dengan ujian daripada Allah.. Setiap ujian yang berlaku kat kita tu, ada sebabnya Allah turunkan kat kita, cuma kita saja yang tak mengetahuinya. Seberat manapun ujian yang kita hadapi, kita kena sentiasa ingat, Allah pasti bersama kita.. Jangan kita terlalu cepat 'down' disebabkan apa yang menimpa kita..Sesungguhnya, apa yg Allah berikan kpd kita tu, adalah apa yg kita mampu, cuma kita sendiri yang tak menyedarinya.. Firman Allah dalam al-Quran, maksudnya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala(dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya...."
(Al-Baqarah,2:286)

Akhir, sekali pesanan ana kepada diri ana dan sapa2 yang membaca ni, biar apa pun yang menimpa kita semasa kita hidup ni, samada baik atau buruk, segala-galanya ada hikmahnya..
yang penting kita kena terima dengan redho dan yakin dengan ketentuanNya..


Monday, June 29, 2009

HIKMAH KEMBARA..

Bismillahirrahmanirrahim...


Dalam 2 minggu berturut2, ana ada mengikuti 2 kembara:

1) 19-21 Jun 2009 -Bersama-sama tks ke SMKA Arau di Perlis.. kami mengikuti satu program kat cni iaitu, Mukhayyam Jauharil Bari sbagai fasilitator kpd pelajar2 ting 2... Alhamdulillah, program ni, berjalan lancar di bawah pengurusetiaan beberapa pelajar ting. 5.. Antara pengisian2nya, taaruf, ceramah, ldk,explorace, malam muhasabah n majlis penutup.. terima kasih kpd sahabat ana yg mengajak ana ke cni.. ana pon, nak bertolak tu, baru ana buat keputusan untuk join.. Alhamdulillah, tergerak jugak hati ana utk pergi.. sepanjang perjalanan kesana, semasa di sana, n semasa pulang, byk perkara yang berlaku.. ada ada suka, duka, dan mehnah yg dihadapi.. Semoga suma apa yg berlaku, menjadi sesuatu yg bermakna kpd ana..



sesi ceramah
pembentangan kump..
salah satu cekpoint explorace
(sambut belon berisi air gna kain)
malam burung hantu(muhasabah)
2)Rehlah ke sg Kancing pada 27/6/2009... lebih kurang selama 2 minggu kami merancang dan merangka perjalanan rehlah ni... pada mulanya rehlah ni nak buat utk org2 utagha saja, tp, atas sbb2 tertentu, yang laen pon msok jgak.. Km pi sebanyak 2 bas.. Dalam rehlah ni, ana ditaklifkan sebagai unit catering.. Rasanya unit ni antara yg terpenting jgk, sbb kalo x dak catering, x dak la makanan... Walaupun pada mulanya ada masalah cket dari unit catering sendiri, tapi alhamdulillah, dapat counter balik... Antara menu yang disediakan- nasi goreng cina, ayam bbq, air anggur, buah, dan kerepek.. antara tentatifnya plak,:- briefing - bertolak dari tmpat kediaman - sampai di sg kancing - pembahagiaan group - pengongkeran tempat - taaruf - permainan sambil mandi manda(ada jgk yg tengah membakar ayam waktu ni) - penyediaan makanan - lunch - solat zohor berjemaah - aktiviti bebas (ada yg berjalan-jalan, ada yg sambung mandi, ada yang berehat) - kemas2 barang - pulang ke tmpat kediaman.. Mcm tu la sedikit sebanyak perjalanan rehlah km ni.. Apa yang menarik yang nak ana kongsi kat cni ialah, bila mana km solat di kelilingi dengan alam semulajadi.. Rasa tenang sangat bila mendengar bunyi arus sungai, pokok2 yang sememangnya sedang berzikir mengingati Allah.. Subhanallah, indahnya ciptaanNya.. Satu lagi yang menarik perhatian ana ialah, kera2 kat sini, yang memang sangat banyak.. bila tengok gelagat kera2 ni, rasa takut pon ada, lucu pon ada, kagum pon ada.. yang paling ana nampak, adalah kehidupan mereka secara berjemaah.. kalau nak kaitkan kehidupan kita sebagai manusia, kita memang x bleh berseorangan, kita kna hidup beramai ramai supaya apa yang kita buat tu, ada sokongan, dan ada jugak yang saling ingat mengingati...

salah satu air terjun kat ctu..
sesi taaruf dalam air
rasanya setakat tu ja utk post kali ni.. ingat nak tulis cket2 ja, tapi terbanyak plak..
sebelom ana mengakhiri post ni, ana nak selitkan satu lirik nasyid yang berkaitan kembara..

HIKMAH KEMBARA
Munsyid: Mirwana

Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa

Berjalan bermusafirlah…
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah…
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan…

Fikirkanlah…ke mana arah kita
Renungilah…ooo
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya…
Ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah…
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia…

Wednesday, June 17, 2009

SEKOLAHKU..

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com/

Bertahun lama aku meninggalkan

Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita



Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan

Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan

Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan



Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali

Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli


Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan



Oh sekolahku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"


p/s:
Bismillahirrahim..

kali ni, tiba2 ana t'panggil utk cerita tentang kenangan ana kat sekolah ana, Sek. Men. Keb. Agama Yan, sblom ana msok cfs uia.. walaupun dah lma tinggalkan laman skolah( baru 2 taun kot...), tp masih t'bayang2 lagi kenangan2 kat sana.. kawan2.. ustaz2.. ustazah2.. cikgu2.. teacher2.. sir2.. penyelia asrama... waa.. rindunya..


guru2ku...(jasamu dkenang)


fom5 2007

Mai ana crita cket p'jalanan ana kat smkay..


Kelas
fom1-1 Hasanah(kls plg bising kot.. hehe)
fom2- 2 Mawaddah
fom3- 3Mawaddah
fom4-4Mawaddah
fom5- 5Mawaddah


aspuri...
Dorm
fom1- A8
fom2- B6
fom3- A4
fom4- B4
fom5- Blk special(special la sgt..)


Ni antara tmpt kat smkay yg mnjdi kenangan ana kat sna..


pintu gerbang....

pondok pakguard(kalo nak outing n blk msti snggah cni dlu)

dewan luqmanulhakim...


kantin(tgh), dewan(kiri),

pagar msok asrama...


kolam ikan dpn lab(tmpat lepak fom5)

court(dpn), aspura(blakang)
surau An-Najah..

padang...



bengkel khb
actually, byk lg gambar2, tp x muat dah.. pa2 pon, ana seronok mnjadi pelajar sekolah ni...
syukran suma...
miss u all..
wallahua'lam..

Monday, June 15, 2009

Kata2 Semangat




Iringi setiap langkah kakimu dengan hati yang berani, tabah dalam mengharungi segala pahit getir menuju perjuangan mencapai kejayaan... Ukirlah senyuman dibibirmu meskipun hatimu sakit dipanah ujian.. Sampaikanlah segala harapanmu dalam doa yg tulus dari hatimu...


Ketahuilah... Sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu.. Walau berat mana cabaran yang dibekalkan padamu, tak pernah sedetikpun dari masa yang berlalu Dia meninggalkanmu, kerana itulah tandanya Dia merindui dan mencintaimu...

Saturday, June 13, 2009

AKU MERINDUIMU..

Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com/

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju



baba n mama tersayang...
p/s: bila dgar lgu ni, t'ingat plak mama n baba kat aloq staq.. walaupun baru beberapa minggu mula sem baru ni, tapi terasa macam dah lama tinggalkan rumah.. Tu la fitrah orang merantau(merantau la sangat.. hehe..).. pa2 pon, ana akan teruskan perjuangan disini.. doakan ana supaya ana diberi kekuatan n ketabahan untuk menghadapi hari akan datang yg semestinya lebih banyak onak dan duri..
wallahua'lam..