Saturday, October 31, 2009

Hamzah Asadullah...

Kisah Saidina Hamzah R.A Asadullah (Singa Allah) memeluk Islam bertitik tolak daripada derita.
Derita umat Islam amnya, dan Nabi Muhammad S.A.W. khasnya.
Suatu hari, sedang Hamzah baru tiba dari sesi perburuannya, seorang hamba perempuan mendekatinya,
"Wahai Hamzah, tahukah kamu apa yang telah Abu Jahal lakukan terhadap anak saudaramu Muhammad?"
"Apa yang telah berlaku?"
"Abu Jahal mencela dan menyakiti Muhammad. Sekarang ini. Di Baitullah."
Hamzah menjadi marah. Anak saudaranya disakiti. Dia terus mencari Abu Jahal.
Di tepi kaabah, Abu Jahal masih lagi mencela, mencaci dan menyakiti Rasulullah S.A.W. Sesampainya Hamzah di sana, dia terus menolak Abu Jahal jauh daripada Rasulullah S.A.W. Dengan busur panah di tangannya, dilibasnya kepala Abu Jahal. Luka. Membuak-buak darah keluar. Abu Jahal jatuh.
"Berani engkau menyakiti Muhammad? Sedangkan aku berada di atas agamanya??!!"
Hamzah belumpun Islam pada ketika itu!!
Selepas itu barulah Hamzah pergi menemui Nabi Muhammad S.A.W. dan mengucap asy-syahadatain.



Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam
http://liriknasyid.com


Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada',
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Di sebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Lailahaillallah,
huwa saidina hamzah asadullah.

Dikaulah perisai Rasulullah,
Berjuang berkorban demi Allah.

Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat.

Tuesday, September 15, 2009

JEMPUTAN..(maila ghamai2)


Kemuliaan alQuran..

Dalam bulan Ramadhan yg penuh mulia ni, marilah sama2 kita memperbanyak dan mengukuhkan lagi 'amalan2 kita, tambahan pula la ni kita berada dalam malam2 terakhir ramadan. Doakan semoga kita mendapat malam al-Qadr dimana malam tersebut lebih baik dari seribu bulan. Antara 'amalan yg telah menjadi sebahagian dari hidup kita, insyaAllah adalah membaca alQuran..

Actually, fungsi alQuran bukan terbatas untuk dibaca shja. Lebih2 lg bukan untuk berlumba menghabiskan bacaan untuk khatam pada malam sepuluh terakhir ramadhan. Tetapi membacanya adalah utk dapat sepenuh manfaat dripd kebaikan dan keberkatan yg sarat terkandung dalam alQuran..
Firman Allah SWT:
"(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu yang penuh dengan keberkatan"
(Shad:29)
Antara keberkatan al-Quran:
1) Petunjuk kepada orang bertaqwa
[al-Baqarah:2]
2) Cahaya yang menerangi kegelapan(kesesatan)
[al-Maidah:15-16]
3) Pembeza antara yang benar dan salah
[al-Baqarah: 185]
4) Penawar dan Penyembuh penyakit rohani
[ Yunus : 57]
p/s- sama2lah kita jadikan alQuran sebagai sahabat kita.. kemana saja, kita x mahu lekang daripada al-Quran.. InsyaAllah...

STAND UP!!

Munsyid: MUADZ

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences
You and I have the power
Think good of one another

So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other

Wednesday, August 19, 2009

Janji ALLAH..

"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk(yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu darjat. Kepada mereka Allah menjanjikan pahala yang (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar."
-Surah an-Nisak:95-
p/s- Jangan sesekali putus asa dengan janji Allah. (Tasyji' buat diri dan sahabat2 seperjuangan)

Tuesday, July 14, 2009

EXAM MID SEM!!

Selamat datang, ahlan wa sahlan kepada peperiksaan mid sem yang bakal bertandang ke dalam jadualku 1 hari lagi.. mungkin dah ada sahabat2 cfs iium yg telah menerima atau sedang menerima kehadiran mereka ini(exam).. apa2 pon, kepada sahabat2 cenfos yang dikasihi, Good luck 4 the exam.. Doakan kejayaan kita bersama dan kejayaan umat Islam jugak.. Semoga kecemerlangan menjadi milik kita.. Ameen...