Tuesday, July 14, 2009

EXAM MID SEM!!

Selamat datang, ahlan wa sahlan kepada peperiksaan mid sem yang bakal bertandang ke dalam jadualku 1 hari lagi.. mungkin dah ada sahabat2 cfs iium yg telah menerima atau sedang menerima kehadiran mereka ini(exam).. apa2 pon, kepada sahabat2 cenfos yang dikasihi, Good luck 4 the exam.. Doakan kejayaan kita bersama dan kejayaan umat Islam jugak.. Semoga kecemerlangan menjadi milik kita.. Ameen...

Friday, July 10, 2009

Jihad fisabilillah..

Berjuanglah di jalan Allah, sekali kaki melangkah jgn undur walaupun selangkah... Biar zaman berubah, keyakinan pada Allah jangan goyah, Biar masa berganti, aqidah jangan mati... Segalanya bermula dengan tarbiyah.. Tarbiyah itu membentuk jiwa yang istiqamah, menyemai hati yang qana'ah, menyubur diri agar sentiasa MURAQABATILLAH...

Segenggam Tabah..

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

p/s- Dalam kehidupan kita ni, kita takkan terlepas dengan ujian daripada Allah.. Setiap ujian yang berlaku kat kita tu, ada sebabnya Allah turunkan kat kita, cuma kita saja yang tak mengetahuinya. Seberat manapun ujian yang kita hadapi, kita kena sentiasa ingat, Allah pasti bersama kita.. Jangan kita terlalu cepat 'down' disebabkan apa yang menimpa kita..Sesungguhnya, apa yg Allah berikan kpd kita tu, adalah apa yg kita mampu, cuma kita sendiri yang tak menyedarinya.. Firman Allah dalam al-Quran, maksudnya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala(dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya...."
(Al-Baqarah,2:286)

Akhir, sekali pesanan ana kepada diri ana dan sapa2 yang membaca ni, biar apa pun yang menimpa kita semasa kita hidup ni, samada baik atau buruk, segala-galanya ada hikmahnya..
yang penting kita kena terima dengan redho dan yakin dengan ketentuanNya..