Sunday, March 27, 2011

Sempena Exam yang bakal tiba..

Jejak Cita
Devotees


Berdiri aku disini

Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti


Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa


Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap RahmatNya


Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
gemilangkan pasti digenggaman


Jangan lupa memohon padanya 
Tawakal berdoa sentiasa
Dialah penentu segala 
Apa dikurnia ada hikmahnya


Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabarkan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya... Berjaya

p/s: Good Luck exam... Ingat, believe yourself.. You can do it! Doa, Effort, Tawakkal...

Wednesday, October 27, 2010

Matang ke??

"Eh, Farah tak matang la..", "tak 'matured' la farah ni.", "penghuni bilik ni sume tak matured..", Ni la perangai orang tak matang", "Lagi lama dok lam bilik, semakin tak matang farah ni..", "Kite la yang paling matang dalam bilik ni". Pernah tak dengar orang cakap macam ni?? selalukan?? Actually, macam mana matang tu? Ada orang cakap, orang yang tak matang tu, perangai macam budak2, suka bising2, suka gigit straw, makan sepah2, dll.. Betul ke? Pening memikirkan, adakah diriku ini matang atau tak.. Jadi, mulalah jari ini menggoogle.. Eventually, terjumpa satu petikan pasal matang.. Petikan dari iluvislam.com:

Anda semakin matang bila...

  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
| UKHTI IZZAH | EDITOR: EVERJIHAD

Hmmm.... susah rupanya nak jadi matang ni.. Sama2 kita muhasabah diri..

Friday, April 9, 2010

Daerah Ini
Munsyid : Algebra



Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu


Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..


Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir


Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan


Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan


Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..


Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari


Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi
Di daerah ini, biarlah aku..






Thursday, April 8, 2010

Watching TV a lot (do you?)..

Watching TV for long hours could shorten your life.. (Really??)

Prolonged television viewing has been linked to a higher risk of death. This is the conclusion of a study conducted at the Baker International Diabetes Institute ( Heart and Diabetes Institute) in Melbourne. The researchers followed 8,800 individuals aged 25 and above for a period of 6 years. Those who watched four or more hours of TV a day were 46% more likely to die of any cause and 80% more likely to die of cardiovascular disease than those who spent less than 2 hours a day watching tv. The study suggests that the increased risk of death is linked to long periods of inactivity, such as sitting in front of the TV..

sources: Healthtoday

Sunday, February 7, 2010

SALAM FINAL EXAM..

Assalamua'laikum..
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana setelah beberapa bulan ana tak update blog ni, akhirnya ana menulis jugak harini walaupun sepatah 2 kata sahaja..
Disini, ana nak mengucapkan "All the best for your exam", "semoga Allah permudahkan kita menghadapi final exam", kpd semua sahabat2 ana dan student2 cfs iium yg bakal , menghadapi Final exam utk sem ni.. Sama2 kita doakan kejayaan bersama... Bittaufiq wannajah...

"Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam,maka Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara dan sekiranya kejayaanku membuatkan aku jauh dari Islam, maka Kau berhak menentukan selayaknya untukku... Kerana aku imani, tiada apa yang Kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya..."

Wednesday, November 11, 2009

Udara atau Ilmu??

(Perkongsian dari SOLUSI isu 12)

Seorang lelaki muda pergi menemui seorang ahli hikmah.

Pemuda: "Tuan, ajarkan saya ilmu hikmah"
Ahli Hikmah: " Kau benar2 inginkannya?"
Pemuda: "Ya, tuan."
Ahli Hikmah: " Kamu sedia diuji?"
Pemuda: "Sedia." (dengan yakin)
ahli hikmah: " Baiklah, bawakan aku setempayan air ke hadapanku."
Setempayan air segera di hadapkan di hadapan ahli hikmah oleh pemuda itu.
Ahli hikmah: "Mari ke sini. Jengukkan kepalamu ke muka tempayan ini."

Lelaki muda itupun merapatkan mulutnya ke tempayan. Tiba2 ahli hikmah itu menekan dan menenggelamkan kepala lelaki itu ke dalam air. Dia meronta-ronta kelemasan. Apabila nampak tidak berdaya, barulah kepalanya dilepaskan, dan dia menghirup udara segar. Setelah itu,
Ahli hikmah: "Apa yang kamu inginkan?"
Pemuda: "Saya inginkan ilmu."

Mendengar, jawapan itu, sekali lagi kepala lelaki muda itu ditenggelamkan ke dalam air. Sekali lagi lelaki muda itu kelemasan. Tetapi kali ini lebih teruk. Setelah hampir lemas, baru dilepaskan, lantas soalan yg sama diajukan.
Ahli hikmah: "Apa yang kamu inginkan?"
Pemuda: "Saya inginkan ilmu!"(dengan keadaan lebih tidak berdaya)

Mendengar jawapan yang sama, ahli hikmah itu sekali lagi membenamkan kepala lelaki muda itu ke dalam tempayan. Kali ini lebih lama sehinggakan lelaki itu meronta-ronta. Kali ini lebih hebat dan dahsyat dirasakannya. Setelah hampir nyawa2 ikan, barulah kepalanya dilepaskan.
Ahli hikmah: "Apa yang kamu inginkan?"
Pemuda: "Udara, udara, udara!"(hampir kehilangan suara)
Ahli hikmah: "Sekarang, kamu telah bersedia untuk belajar hikmah daripadaku. Jika kamu inginkan hikmah sepertimana kamu inginkan udara, barulah kamu layak untuk mendapatkanya.

Moral of the story: keghairahan yang tinggi terhadap ilmu akan menjadikan seseorang itu ghairah untuk belajar. Imam As-Syafie pernah menyifatkan dirinya dengan ilmu umpama ibu ayam yang kehilangan anaknya. Begitu cinta dan tinggi sekali keinginannya untuk mendapat ilmu. Kita pulak bagaimana?? sejauh mana kedahagaan kita terhadap ilmu?? fikir2 kan..

Saturday, October 31, 2009

Fahamkah kita?? Atau Buat2 x tahu??

Sejauh mana kefahaman kita tentang aurat?? macam mana sebenarnya tutup aurat tu? hanya pakai tudung??

Kalau kita tengok remaja skarang ni, memang ramai yang mengaku menutup aurat, tetapi adakah mereka btul menutup aurat mengikut Islam.. Kalau yang memang btul2 tutup, alhamdulillah..Tetapi, bagi yg cuma mengaku menutup aurat atau wanita muslim yg langsung tidak menutup aurat tu, adakah disebabkan tidak tahu atau tidak faham atau buat2 x tahu??
Baca artikel ini:


Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

Jendela Hikmah: Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung
Oleh Hamidah binti Mat

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, �Aurah� yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib.
Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

# Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).
Allah berfirman yang bermaksud:
�Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.� (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud:
�Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.� (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.
# Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: �Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain �qubtiyyah� (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: �Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.� Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: �Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).�Menurut Ibn Rusyd, �qubtiyyah� ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya
.
# Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya.
Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: �Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.�Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
# Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: �Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.�
# Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: �Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.�Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
# Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud:
�Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).� (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.
Penulis ialah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com
(Dipetik daripada laman Jendela Hikmah bertarikh 1 Jun 2007)