Dalam bulan Ramadhan yg penuh mulia ni, marilah sama2 kita memperbanyak dan mengukuhkan lagi 'amalan2 kita, tambahan pula la ni kita berada dalam malam2 terakhir ramadan. Doakan semoga kita mendapat malam al-Qadr dimana malam tersebut lebih baik dari seribu bulan. Antara 'amalan yg telah menjadi sebahagian dari hidup kita, insyaAllah adalah membaca alQuran..
Actually, fungsi alQuran bukan terbatas untuk dibaca shja. Lebih2 lg bukan untuk berlumba menghabiskan bacaan untuk khatam pada malam sepuluh terakhir ramadhan. Tetapi membacanya adalah utk dapat sepenuh manfaat dripd kebaikan dan keberkatan yg sarat terkandung dalam alQuran..
Firman Allah SWT:
"(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu yang penuh dengan keberkatan"
(Shad:29)
Antara keberkatan al-Quran:
1) Petunjuk kepada orang bertaqwa
[al-Baqarah:2]
2) Cahaya yang menerangi kegelapan(kesesatan)
[al-Maidah:15-16]
3) Pembeza antara yang benar dan salah
[al-Baqarah: 185]
4) Penawar dan Penyembuh penyakit rohani
[ Yunus : 57]
p/s- sama2lah kita jadikan alQuran sebagai sahabat kita.. kemana saja, kita x mahu lekang daripada al-Quran.. InsyaAllah...