Monday, June 29, 2009

HIKMAH KEMBARA..

Bismillahirrahmanirrahim...


Dalam 2 minggu berturut2, ana ada mengikuti 2 kembara:

1) 19-21 Jun 2009 -Bersama-sama tks ke SMKA Arau di Perlis.. kami mengikuti satu program kat cni iaitu, Mukhayyam Jauharil Bari sbagai fasilitator kpd pelajar2 ting 2... Alhamdulillah, program ni, berjalan lancar di bawah pengurusetiaan beberapa pelajar ting. 5.. Antara pengisian2nya, taaruf, ceramah, ldk,explorace, malam muhasabah n majlis penutup.. terima kasih kpd sahabat ana yg mengajak ana ke cni.. ana pon, nak bertolak tu, baru ana buat keputusan untuk join.. Alhamdulillah, tergerak jugak hati ana utk pergi.. sepanjang perjalanan kesana, semasa di sana, n semasa pulang, byk perkara yang berlaku.. ada ada suka, duka, dan mehnah yg dihadapi.. Semoga suma apa yg berlaku, menjadi sesuatu yg bermakna kpd ana..



sesi ceramah
pembentangan kump..
salah satu cekpoint explorace
(sambut belon berisi air gna kain)
malam burung hantu(muhasabah)
2)Rehlah ke sg Kancing pada 27/6/2009... lebih kurang selama 2 minggu kami merancang dan merangka perjalanan rehlah ni... pada mulanya rehlah ni nak buat utk org2 utagha saja, tp, atas sbb2 tertentu, yang laen pon msok jgak.. Km pi sebanyak 2 bas.. Dalam rehlah ni, ana ditaklifkan sebagai unit catering.. Rasanya unit ni antara yg terpenting jgk, sbb kalo x dak catering, x dak la makanan... Walaupun pada mulanya ada masalah cket dari unit catering sendiri, tapi alhamdulillah, dapat counter balik... Antara menu yang disediakan- nasi goreng cina, ayam bbq, air anggur, buah, dan kerepek.. antara tentatifnya plak,:- briefing - bertolak dari tmpat kediaman - sampai di sg kancing - pembahagiaan group - pengongkeran tempat - taaruf - permainan sambil mandi manda(ada jgk yg tengah membakar ayam waktu ni) - penyediaan makanan - lunch - solat zohor berjemaah - aktiviti bebas (ada yg berjalan-jalan, ada yg sambung mandi, ada yang berehat) - kemas2 barang - pulang ke tmpat kediaman.. Mcm tu la sedikit sebanyak perjalanan rehlah km ni.. Apa yang menarik yang nak ana kongsi kat cni ialah, bila mana km solat di kelilingi dengan alam semulajadi.. Rasa tenang sangat bila mendengar bunyi arus sungai, pokok2 yang sememangnya sedang berzikir mengingati Allah.. Subhanallah, indahnya ciptaanNya.. Satu lagi yang menarik perhatian ana ialah, kera2 kat sini, yang memang sangat banyak.. bila tengok gelagat kera2 ni, rasa takut pon ada, lucu pon ada, kagum pon ada.. yang paling ana nampak, adalah kehidupan mereka secara berjemaah.. kalau nak kaitkan kehidupan kita sebagai manusia, kita memang x bleh berseorangan, kita kna hidup beramai ramai supaya apa yang kita buat tu, ada sokongan, dan ada jugak yang saling ingat mengingati...

salah satu air terjun kat ctu..
sesi taaruf dalam air
rasanya setakat tu ja utk post kali ni.. ingat nak tulis cket2 ja, tapi terbanyak plak..
sebelom ana mengakhiri post ni, ana nak selitkan satu lirik nasyid yang berkaitan kembara..

HIKMAH KEMBARA
Munsyid: Mirwana

Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa

Berjalan bermusafirlah…
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah…
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan…

Fikirkanlah…ke mana arah kita
Renungilah…ooo
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya…
Ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah…
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia…

No comments:

Post a Comment